Aku Mahu Diari Pink

Aku Mahu Diari Pink

Regular price
$12.00
Sale price
$12.00
Unit price
per 

Author: Ain Maisarah

Language: Malay

Publisher: Blink Book Sdn Bhd

Level: Primary and above

Diari adalah buku peribadi yang mencatat segala luahan hati, perancangan sehari-hari dan rahsia yang disimpan rapi. Gadis bernama Ezra Fazrirah merupakan seorang yang sangat suka menulis diari. Segala apa yang terjadi, semuanya tidak pernah terlepas dirakam memori ke dalam diari merah jambu yang digelarkan Pinky Pink.

Diari kesayangan itu mesti dibawa kemana-mana sahaja, sehinggakan ke dalam pawagam yang gelap gelita. Ah... di situ juga dia sempat menulis diari! Tiba-tiba satu hari, tragedi menimpa diri. Pinky Pink kesayangan hilang dan tertukar dengan diari merah jambu lusuh kepunyaan orang lain yang entah siapa pemiliknya. Ezra sememangnya sangat takut jika segala rahsianya terdedah!

Paling parah, Ezra mula mengesyaki... diari itu sebenarnya telah tertukar dengan diari seorang pembunuh bersiri yang berbahaya dan kejam sekali! Diari lusuh di tangannya kini menyimpan butiran peribadi 15 orang mangsa yang telah dijumpai dalam keadaan tidak bernyawa. Apakah yang akan dilakukan oleh Ezra? Adakah dia bakal menjadi mangsa pembunuhan yang seterusnya?