Aku Mahu Banyak Like

Aku Mahu Banyak Like

Regular price
$12.00
Sale price
$12.00
Unit price
per 

Author:Ain Maisarah

Language: Malay

Publisher: Blink Book Sdn Bhd

Level: Primary and above

Syaza anak tunggal yang biasa keseorangan, terkejut apabila ibunya Puan Mariah memberitahu akan kembali berumahtangga. Memilih Tuan Syukur... duda beranak dua. Lebih haru, gabungan dua keluarga kini menetap bersama.

Syawal si abang tiri, aktif bersukan. Jersi dan kasut bersepah. Bau badan pula busuk, sehanyir ikan yang perutnya pecah. Serius boleh termuntah! Syakir pula adik tiri yang membela binatang. Dilepaskan bebas hingga kumbang besar merayap pada paha! Syaza turut histeria melihat mentadak menonton TV di sofa! Paling ngeri, ayah tirinya mengajak seluruh keluarga bercuti di hutan? Oh... tidak sesuainya!

Terpaksa mengalah, Syaza menurut ke hutan jua. Kanta lekap pula merengsa mata, maka dipakainya spek mata pemberian arwah ayah yang lama ditinggalkan kerana berbentuk bulat ala-ala Harry Porter. Tiba-tiba sesuatu yang pelik berlaku. Syaza mempunyai kuasa menundukkan lelaki! Syawal dan Syakir mendengar cakap. Malah Fahrin hero Sri Bangsar di sekolah juga turut mendekatinya!

Apa sebenarnya yang terjadi? Tiba-tiba Syaza banyak ‘like’ di sana sini. Sampai The Wannababes kumpulan popular pun iri hati! Ketahui segalanya dalam novel Aku Mahu Banyak Like... haa... mesti like novel ini ya!